umie atiqah razak

Wednesday 7 March 2012

Talhah bin Ubaidillah..~ Syahid yg hidup ~ part 1

seperti biasa, Talhah bin Ubaidillah pergi ke Syam . pekerjaannya sebagai saudagar membuatkan pergerakkannya hampir ke merata tempat dan dia begitu terkenal di kalangan org2 Quraisy . Talhah sering bergerak bersama kafilah pedagang lain . meskipun masih muda Talhah mempunyai kelebihan dlm strategi berdagang . dia seorg yg cerdik dan pintar sehingga dpt mengalahkan pedagang2 lain yg lebih tua .

tiba di Busra ,sebuah kota di wilayah Syam ,para pedagang itu segera memasuki pasar . ketika itulah peristiwa menarik yg dialami oleh Talhah . bahkan peristiwa ini tlh pon mengubah seluruh hidupnya. tiba2 seorg pendeta berteriak, " wahai para pedagang sekalian, adakah antara tuan2 yg berasal dari Kota Mekah?"

kebetulan Talhah berdiri tdk jauh dari pendeta itu . dia segera menghampirinya dan berkata , "ya,aku penduduk Mekah."

pendeta itu bertanya kpdnya , "sudah munculkah org yg bernama Ahmad?"
"Ahmad yg mana satu?"
"Ahmad bin Abdullah bin Abdul Mutalib yg akan muncul sebagai penutup para nabi. kelak dia akan berhijrah ke negerimu dan berpindah ke negeri yg berbatu2 hitam yg bnyk pohon kurma . dia akn berpindah ke negeri yg subur makmur, memancarkan air dan garam . sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu .

ucapan pendeta itu bagai membekas dihati Talhah . dia segera menunggang untanya dan pulang ke Mekah . dia tidak menghiraukan kafilah pedagang yg msh sibuk dipasar itu .sampai di Mekah ,Talhah bertanya kpd keluarganya, "apakah ada peristiwa penting yg terjadi di Mekah sepeninggalanku?"

"ada . Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya nabi . Abu Bakar mempercayainya dan telah mengikut apa yg dikatakan olehnya." jwb mereka.

Talhah berkata dgn lirih . "Aku mengenali Abu Bakar. dia seorg yg lapang dada , penyayang dan lemah lembut. dia pedagang yg berbudi tinggi dan teguh pendirian. kami bersahabat baik. ramai org yg menyukai majlisnya kerana dia ahli sejarah Quraisy dan mengetahui salasilah keturunan suku itu ."

setelah itu Talhah terus mencari Abu Bakar dan bertanyakan perihal apa yg didengarnya . "Benarkah Muhammad bin Abdullah tlh menjadi nabi dan engkau mengikutnya?"

" Benar." jwb Abu Bakar . kemudian dia menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa pertama di gua Hira' sehingga turun ayat pertama. setelah itu, Abu Bakar mengajak Talhah memeluk islam. selesai sahaja Abu Bakar bercerita,Talhah bercerita pula tentang pertemuannya dgn pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang .

Abu Bakar berkata dgn sukacita ,"Mari kita berjumpa dgn Muhammad dan bercerita mengenai peristiwa yg engkau alami dgn pendeta Bushra itu. dengarkan pula apa yg dikatakan oleh Muhammad tntg agama yg dibawanya agar engkau tahu dan mahu mengikutnya."

dgn segera kedua-duanya pergi menemui Rasulullah . baginda menjelaskan apa itu islam kpd Talhah. selain itu,Rasulullah juga menceritakan tntg kebaikan dunia dan akhirat serta membacakan beberapa ayat al-Quran . Talhah merasa dadanya begitu lapang .dia lantas menceritakan pengalamannya bersama pendeta Bushra  . mendengar berita itu , Rasulullah merasa sgt gembira .kegembiraan itu terpancar jelas diwajahnya..

Talhah terus mengucapkan dua kalimah syahadah . Talhah menjadi org keempat yg memluk islam dihadapan Abu Bakar.

bagi keluarganya , peristiwa Talhah memeluk islam merupakan petir dlm kehidupan mereka. mereka amat gelisah terutama sekali ibunya. ibunya pernah berharap agar Talhah menjadi pemimpin kaumnya memandangkan ada bakat mulia yg tersimpan dlm diri anak mudanya itu.

org2 yg drpd suku sama dgn Talhah berusaha memujuk Talhah agar keluar drpd agama islam. mula2 hanya dirayu dan dipujuk. namun pendirian Talhah sgt teguh dan utuh. setelah berputus asa dgn cara yg lembut,mereka akhirnya bertindak kasar.seksaan demi seksaan yg dihadapi oleh Talhah .

Mas'ud bin Kharasi bercerita : "pada suatu hari,ketika aku sdg melaksanakan sa'ie antara safa dan marwah ,aku melihat sekumpulan manusia meenyeret seorg pemuda dgn tgn terbelenggu di lehernya. org2 itu berlari2 dibelakang sambilmemukul kepalanya. ditengah kerumunan org itu ada seorg wanita lanjut usia yg terus berteriak mencaci maki pemuda didepannya."

Mas'ud bertanya , "kenapa dgn pemuda itu?"

mereka menjawab ," pemuda itu ialah Talhah bin Ubaidillah . dia telah keluar drpd agama nenek moyangnya dan mengikut agama Muhammad anak Bani Hisyam ."

"lalu siapakah wanita itu?"

"Asy-Sya'bah bt al-Hadramy,ibunya"

bkn hnya itu yg dialami oleh Talhah. seorg lelaki yg bernama Naufal bin Khuwalid yg digelar singa Quraisy, menyerbu ke hadapan Talhah sambil menyeret Abu Bakar . lelaki bengis itu lantas mengikat Abu Bakar dan Talhah menjadi satu . lalu kedua2nya diserahkan kpd algojo kafir. mereka dipukul sehingga cedera dan darah mengalir dr tubuh kedua2nya. sejak saat itu , Talhah dan Abu Bakar digelar oleh kaum muslimin dgn gelaran al-Qarinain atau sepasang sahabat yg terikat.

banyak gelaran dan sebutan yg diperolehnya . salah satunya adalah gelaran asy-syaahidul hayy yg bermaksud syahid yg hidup .gelaran ini diperolehnya dlm perang Uhud. ketika itu barisan org mukmin berpecah belah dan kucar kacir disisi Rasulullah. hanya 11 org Ansar dan Talhah dari Muhajirin yg masih setia bersama baginda.

semasa Rasulullah dan org2 yg mengawal baginda hendak mendaki bukit,mereka dihalang oleh org Musyrikin. ,Rasulullah berseru."siapa diantara kalian yg berani melawan mereka,dia akan menjadi temanku di syurga kelak."
"Talhah menjawab , aku wahai Rasulullah ."
"tidak .engkau harus ditempatmu."
"aku wahai Rasulullah ," kata seorg perajurit Ansar.
"ya,majulah," kata Rasulullah .

perajurit Ansar itu maju melawan kafir yg ingin membunuh Rasulullah. pertempuran yg tdk seimbang itu telah menyebabkan dia terbunuh dan syahid . Rasulullah terus mendaki , tetapi baginda dihalang lagi oleh tentera musuh .
Rasulullah berseru sekali lagi ."siapa yg berani melawan mereka ini?"
mendahului yg lain Talhah menjawab lg "aku wahai Rasulullah."
Rasulullah segera menjawab " jangan.!!engkau harus tetap ditempatmu."

lau seorg perajurit Ansar menggantikannya.dia pun gugur mengikuti sahabatnya. demekian seterusnya , setiap kali Rasulullah meminta para sahabat utk melawan musuh Talhah sentiasa menjadi org yg pertama menawarkan diri. Baginda menghalangnya supaya tetap berada ditempatnya sehinggalah 11 perajurit Ansar yg bersama Rasulullah gugur kesemuanya. tinggallah Talhah bersama2 Rasulullah ,lalu baginda berkata kepada Talhah ."sekarang giliran engkau wahai Talhah."

Talhah mara menerkam musuh dan melawan mereka sekuat tenaga supaya mereka tdk boleh menghampiri Rasulullah. kemudian Talhah membantu baginda naik sedikit ke bukit . tubuh Rasulullah yg mulia disandarkannya. gigi taringnya patah,dahi dan bibirnya terkoyak,darah meleleh  keluar dari muka baginda  . sesudah itu Talhah kembali menyerang ,usuh sehingga berjaya mengusir dan menewaskan beberapa org kafir itu.

waktu itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah berada agak jauh drd Rasulullah. tidak berapa lama kemudian barulah kedua2nya menemui baginda . Rasulullah mengarahkan ," tinggalkan aku. bantulah Talhah,sahabat kalian."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...