umie atiqah razak

Saturday 29 December 2012

S.A.B.A.R :)






~ aku belajar erti sabar tatkala aku menjangkau usia remaja

~ aku mengenal sabar tatkala aku dihadapkan dengan perkara yang menguji diri

~ aku menjadi seorang yang penyabar tatkala aku berjaya menghadapi ujian

~ aku belajar sabar dari perkara yang aku tidak sukai

~ aku tahu dengan sabar manusia akan bahagia

~ kerana janji Allah untuk hambaNya

:: sabar itu indah..amarah itu gundah..dengan sabar hati jadi tenang..dengan amarah hati jadi resah.. 

umieatiqahrazak


kadang tak kuat..

~ kadang diri ini rasa lemah

~ rasa jatuh dan rebah ke bumi

~ rasa hidup ini gelap dan kelam

~ kadang diri ini rasa lemah

~ nafsu selalu jadi raja

~ diri rasa tak tentu arah

~ kadang diri ini rasa lemah

~ nak buat amalan fardu goyah

~ nak buat amal sunat lagi la payah

~ kadang diri ini rasa lemah

~ Al-Quran biar jadi hiasan

~ hingga hati rasa resah



::: kita selalu goyah dengan perkara yang melalaikan . moga kita qowiy untuk hadapi hidup zaman ni :::

umieatiqahrazak

Thursday 27 December 2012

final exam.. !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji untuk Allah yang menciptakan manusia... Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat... Tidak lupa jugak untuk sahabat-sahabat, moga kita terus qowiy..

Final exam . . !

Sekarang mood exam . .

Study smart + hard . .

Usaha . .

Doa . .

Tawakal . .

Itu step yg biasa kita buat.. apa kata cuba cari perkara lain yang mungkin boleh membantu kita..

Bagaimana ?

Tepuk dada tanya diri . .

~ Perjuangan menuntut kita berdikari dalam hidup.. Perjuangan juga menuntut kesabaran dalam diri dan hati.. Perjuangan juga menuntut kekuatan jiwa dan rohani... Moga kita qowiy dalam menempuh perjuangan ini..! :)

Monday 8 October 2012

tanpa kakak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

hari pertama tanpa kehadiran kakak yg sentiasa menjadi peneman..terasa kehilangannya..tiada lagi sentuhannya..tiada lagi sapaannya..hilang..pergi..hanya tinggal kenangan dan terdengar-dengar suaranya..dikampus tadi keseorangan..biasanya pasti akan duduk diwakaf bersama dia..bila masuk waktu solat pasti berlumba-lumba dgn dia utk ke surau..rindunya saat bersama dia..walaupun hanya 12 hari bersama dia,seolah-olah seperti setahun bersama..banyak aktiviti bersama..Allahu Rabbi..

pagi tadi ambil handset and nak msg dia..

nak tanya nak pergi library tak..

lupa..

dia dah takde bersama disini..

duduk termenung..

tiba-tiba masuk satu msg..

cepat-cepat buka..

dari kakak..

tersenyum seorang diri kat atas katil..

tutup quran..

then baca msg kakak..

dapat semangat dipagi hari.. :))

untungnya hidup dpt duduk dikalangan mereka yang ingat mengingati antara satu sama lain..

p/s : syukran kakak.. :))

ukhtimu
umieatiqahrazak




Saturday 6 October 2012

perpisahan

assalamualaikum..

asif awi kerana dah lama tak masukkan entry utk pembaca sekalian..minggu first di kampus agak bersenang lenang ye..tapi bila masuk minggu kedua dan seterusnya,hanya serah pada Allah..moga dipermudahkan segala urusan..Allhuma Amiin..

minggu lepas dan minggu ini merupakan minggu yang sgt bermakna utk diri ini..kerana hadirnya seseorang yang memberi motivasi dan impak yang begitu besar dlm diri ini..cukup la jika sy mention namanya sebagai kakak..diploma Darul Quran..dan kini menuntut bersamaku dlm kos Quran dan Sunnah..hanya yg berbeza adalah tempat..beliau sudah pun berhijrah semula ke Darul Quran,tempat asalnya..perpisahan..terjadi lagi..ada pertemuan pasti ada perpisahan..tapi perpisahan yg berlaku dlm diri ini berbeza seperti selalu..tidak pernah diri ini merasa macam mana yg sy rasa sekarang..indahnya perpisahan kali ini kerana bersulam dan berhiaskan iman,takwa,dan dakapan rahmat Allah..seminggu perkenalan antara sy dan kakak eratnya seperti setahun perkenalan..rindu akan segala aktiviti yang pernah kita buat bersama..moga ada lagi selepas ini..tempoh masa pengajian kita takkan dapat menjarakkan kita walhal ia pasti makin mengeratkan..terima kasih utk segalanya..kau hadir dlm hidup ini ketika diriku ibarat dilambung ombak..terapung-apung di lautan mencari kembali diri yg hilang..kau pegang erat tanganku dan pimpin aku kembali ke jalan yg benar lagi terang..kau tiupkan kata semangat tika aku lemah mengeluh kesah..terima kasih kakak.. :))

p/s : bantu sy utk jadi yg lebih baik ye..mekasih opah.! :))

ukhtimu..
umieatiqahrazak

doa supaya dipermudahkan segala urusan

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.

p/s : jom amalkan kita amalkan doa ini..moga Allah permudahkan segala urusan kita.. :)

Saturday 29 September 2012

tanggungjawab

assalamualaikum ..

dalam keadaan yg sibuk utk buat asigment , aku masih lg sempat nak bukak facebook n belog ni . hee . selagi mana bende nie tak jejaskan fokus aku utk terus buat kerja . Alhamdulillah skg da 4 minggu bergelar mahasiswa di universiti . perasaan yg sangat teruja itu masih ada ye .! haaaa . *mcm2 jenis teruja ada dlm otak skg* heee . bila duduk diluar ni , jauh dgn family , dan skg aku duduk dlm dunia realiti yg mana org selalu kata dunia ini kejam .! yeke ??

*angguk kepala*

betul wei . siyesly mmg dlm dunia yg sebenar . kalau sebeblum ni aku hanya memerhati dan menegur dlm hati penyakit ummat skg , tapi tu hanya biasa2 jeh . tapi skg , kat sini , lagi teruk .! damn it .! banyak giler pengajaran yg boleh kutip and ragut bila duk sini .! hahahaha .

pandang kanan , nampak ini .!

pandang kiri nampak itu .!

hebat boh .!

tapi lg hebat tanggungjawab yg ada kat bahu aku dan rakan2 yg lain . korang taw apa ?
*tembak kepala kalau tak taw* ngeeee

tanggungjawab nak sampaikan dakwah dan ubah haluan mereka supaya tetap berada kat dlm landasan keretapi Islam . sebab keretapi ni terus bawak kita pegi syurga . dlm dunia realiti yg kejam ni nak dakwah ? gone ?!

*lempang muka kau skg umie kalau tak tahu .! tepuk dada tanya imanla wei.!*

 dengan penuh ke-comel-an budak ni pegang tanggungjawab.!

 kita bukan ada tanggungjawab dgn parents je,tapi dgn masyarakat sekali .!
*ingat umie!*

amanah dan tanggungjawab bukan dari manusia kpd manusia , 
tapi dari PENCIPTA manusia utk hambanya .:)

kita pasti kembali pada tuhan ,
kena jawab mcm2 beb.!
nak senang, kena buat la apa yg disuruh.! :) 


nota hangit :
~ jlnkan tanggungjawab dgn sebaik mungkin .
~ pesanan ikhlas dari umie atiqah razak:))


Sunday 9 September 2012

wajah . :))

hai . . ^_^

wajah seminggu ditempat baru . :)


 tunggu geng yg lain utk keluar beli barang kat tesco..

 ingat kat kampung . rindu.. :((

 tunggu makanan sampai .:)

tunggu bus nak p kelas .:)

minggu orentasi .! :)

asSalamualaikum. ^^

skg baru ada masa utk update belog . well , baru daftar uni konpom busy dgn orentasi . dok dang nak mengadap tenet ni . huhu . . tapi rasanya jadual orentasi tak de la padat sangat . just letih + mengantok . baru2 kan . :))

tak tahu nak start story tntg apa . sebab banyak sangat bende jadi dlm seminggu ni . tak ingat jugak ke semuanya . tapi utk korang semua yg selalu nak tahu tntg sy , umi akan cerita la sikit2 kat kamu semua .

orentasi mie buat kat stadium tertutup nilai . sgt besar stadium tu . letih asyik naik tangga jeh .! huhu . . tapi tempat yg agak selesa . hari pendaftaran macam biasa la . penuh sesangat manusia kat situ . ada pameran , jualan and mcm2 la . tapi seronok la sebab dpt jumpa balik dgn kawan2 lama . dan paling penting dpt kenal ngan kawan baru . korang tahu tak .? (confirm mulut tertanganga kan ? hehe) kat sini majoriti budak kelantan yg ramai . duk sana dgr kelantan , duk sini dgr kelantan . menunjukkan yg mereka ramai kat sini . tapi seronok la . boleh belajar loghat kelantan . oke . melalut sudaa . back to the point ., lepas daftar terus hantar barang kat S.I a.k.a Sutera Indah . kediaman ambe kat tengah bandar ohh . . ada tesco and giant . sizuka tak de k . nobita amik bawak lari p jepun . tinggal giant kat sini . hahahaha . . :)) tapi rasa la sara hidup yg sgt tinggi . ada bende2 tu buat ambe rasa tak senang duduk . kejap2 nak p shopping . aiiishhh . kopak poket ni ha . lg satu yg seronok , kat sini ambe loghat nogori sembilan ngan sorang pakcik driver bus . hehe . sgt best.! :) ma abah and abg de serta my kenek balik ptg . area kul 4 lebih . huhu. . mcm tengok cite hindustan jeh pulak .! tetiba jeh . ribut tak de kilat tak muncul tetiba hujan .! hahaha . well , normal la tuh kan . but skg da oke ye . :)) tiap2 malam ada program taklimat kat stadium . :) badan letih jadi mata pon tertutup la . apa yg rasa tak penting tu lelap sekejap . yg penting paksa mata utk celik . (tapi tido gak) kuikui . . . second day siang : aktiviti kat kampus . senamrobik kat kompleks sukan tun najihah , (klo tak silap betul da nama tempat tuh . hehe) , gotong royong and lastly makan sup gear box beb . USIM kenduri . mmg mantooop la .!! habis jew kat situ balik kolej kediaman and rest . ptg pegi semula ke stadium utk aktiviti malam . sampai la habis orentasi . tapi hari ketiga tuh pagi kat kampus . sebab daftar kursus . dewan panas gile time tuh . tak pasang aircond . erkk .??

dlm stadium . :)

 bus yg sedia menanti :)

 nampak tak mereka yg berjalan kaki tu ? hehe

 dlm bus . naseb dpt tempat duduk. :)

 jalan kaki rermai . :)

 dorang nak balik KK 1 kat dlm kampus :)

kami naik bus , kawan2 yg duk dekat dgn stadium jalan kaki . :)) sgt seronok . . :))

oh my english .!

aSsalamualaikum . ^^

how are u guys? i hope all of u in a good condition . well , im quite tired this week . orientation , courses

arabic and english . not only physical tired but brain too . ouhhhggghh . . . :(( but its oke . its normal in

university . i'll be fine . and it will be my routine . :)) hope God bless me and simplify my work and study here

 . :)) Ameen . .


Tuesday 21 August 2012

beraya bersama dia . !

salam eid mubarak . ^^

alhamdulillah , dpt jugak beraya bersama dia . :) ~ senyum sampai telinga ~ ingatkan tak dpt beraya dgn dia . hehe . .




selepas edit . :) 

~ sayang sangat dekat dia ni . :))

Thursday 16 August 2012

Wednesday 15 August 2012

kejar jgn tak kejar .!

assalamualaikum .. ^^

lama tak bersua di laman belogg nie . masa tidak mengizinkan dan idea yg tak mboh2 keluar dari kepala otak nih . mungkin kurangnya isi dalam perut kot . hahaha

Ramadan bakal pergi meninggalkan kita .

~ rasa sedih + hapy .

sedih : tak tahu dpt tak lg Ramadan akan dtg . :(

hapy : adanya malam lailatulqadar . :))

sedih : syaitan bakal terlepas dari ikatan . :(

hapy : nak raya dan sambut kemenangan . :))

tapi apa-apa pun , jom kita kejar dulu apa yg Allah bagi kat kita .

L . A . I . L . A . T . U . L . Q . A . D . A . R 

mana tahu mungkin kita jadi hamba yg bertuah .

mungkin Allah bg malam tu kat kita .

tak tahu , just doa moga kita dapat .

kalau kita boleh kejar artis , kejar bus , kejar pakwe / makwe , kejar harta dan kuasa , tak boleh ke kita kejar malam yg lebih baik dari 1000 bulan . kan ? hanya sekali sahaja . so , ayuh la ye semua saudara2 dan saudari2 sekalian . jangan persiakan . : ))


hehehe . . .
kejar gini kew ?
ikut penilaian sendiri la yek .!







Friday 3 August 2012

nahu . .!

oh . nahu sangat membimbangkan hati dan perasaan serta seluruh jiwa raga .! hehe . (agak melampau bunyik nye ye) tapi itu la yg ambe rasai skg . selama nie nahu tak de la pro mana . sekadar cukup makan jeh .

cuak + nebes + sakit jantung + sakit gigi = semua penyakit dah ada . aishh

moga sang pencipta memudahkan segala urusan .

moga diberi jalan yg luas utk menuntut ilmu .

moga diberi kesihatan utk terus gagah mencari ilmu dan memikul ilmu .

moga diberi perlindungan daripada perkara-perkara yg dpt melalaikan .

tak mau nakal-nakal dah .

semoga diberi peluang utk menjadi budak yg baik + anak solehah + muslimah sejati + pejuang agama + pelajar yang baik dan dengar cakap serta rajin + pendidik yang sabar dlm memberi ilmu + manusia yg bersabar + isteri solehah ( yg last ni lambat lg , tapi termasuk lah kan ) :))  = hanya Allah yg menilai dan memberi ganjaran . :))

siyesly takot .! takot .! takot .! grrrrr :((

congrates sis .!

assalamualaikum . .^^

nak ikut dia .!

nak jadikan dia contoh dan inspirasi dalam hidup ni . :))

walaupun dia tak berapa hebat macam kakak orang lain , tapi dia hebat dimata saya .! moga dia juga hebat dimata Penciptanya . :))


congrates sis atas segala kejayaan yg telah anda kecapi .!
^___^





ohh rindu .!

salam . selamat malam . . ^^

saya sangat rindukan kekasih saya .!

bila dapat jumpa .

tak tahu bila .

ada peluang ke nak jumpa . ?

moga ada .

hati merintih nak sangat jumpa .

tapi layak ke nak jumpa .?

persiapkan diri sekarang ni .

tapi tak tahu diterima ke tak .

harap dapat jumpa kekasih saya .!

ohh hati ini sangat rindu .!


Thursday 2 August 2012

khas utk kamu .!

asSalamualaikum . . .^^

terima kasih utk semua anak-anak murid . yg tolong dan bantu ustzh bersabar . hehe . dengan perangai dan kerenah kalian . ustzh pasti akan tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali detik-detik bersama kamu semua . :)) ingin saja ustzh kongsi pengalaman-pengalaman ustzh bersama dengan kamu . ingin saja diceritakan kembali masa ustzh dahulu . tapi tak terdaya mengejar waktu yg sangat cepat dan pantas mencantas kita . sudah cuba sedaya upaya utk memotong waktu , tapi waktu diaturkan oleh Allah . kita hanya mampu berusaha .

kutiplah ilmu sebanyak yg kalian mampu . sekarang kalian tidak merasa bahawa ilmu itu penting , tetapi bila da besar nanti , dan kamu semua sudah dewasa , kamu pasti menyesal . sebab itu yg ustzh alami skg . bukan senang nak jadi org pandai dan cerdik . dan bukan senang jugak nk jadi org yg bodoh dan tak tahu apa-apa. dengan ilmu tuh jew yg mampu ubah hidup kita . kamu semua mesti pernah tengok mak ayah menoreh getah , ayah mak balik petang dari pejabat or hospital or klinik . kamu semua tak terdetik kew rasa kesian tengok mereka bersusah payah cari duit . yess .! skg kamu tak rasa . tapi bila suatu hari nanti Allah takdirkan kamu susah seperti mereka , kamu pasti akan mengeluh dan cakap : " ruginya tak belajar betul-betul dulu."

ustzh nk kongsi mcm-mcm dengan kamu semua . tapi maaf sebab ustzh tak de peluang dan ruang utk bersama-sama dengan kamu sepanjang masa . hanya iringan doa yg ustzh mampu lakukan . semoga kalian menjadi pelajar yg berakhlak dan beradab serta berjaya didunia dan akhirat .

utk pelajar tahun 6 , ustzh bukan pelajar yg cerdik pandai . ustzh bukan pelajar yg dapat 5A dlm UPSR . tapi ustzh mampu melangkah jauh . sebab satu rahsia ustzh , guru tuh adalah ibu bapa kedua kita . dan kita perlu hormat pada mereka . tak kira lah mcm mana mereka mengajar , tetaplah hormat pada mereka .

ustzh doakan kalian semua berjaya didunia dan akhirat . harap kalian doakan ustzh jugak .! oke .! :))

last .!

aSsalamualaikum..^^

hari nie last kat sini . sedih . nk tinggal semua anak murid . tapi kena jugak . last bagi tazkirah tadi . last aku sampaikan ilmu . last aku kongsi ilmu dengan mereka . last aku tengok wajah tulus mulus mereka . last aku bersama dengan semua warga sekolah ni . last aku kat bilik guru ni . last aku kat dlm kelas . last aku kat dlm dewan . last aku kat perhimpunan . last aku duk lepak sama dengan cikgu2 . last aku mengajar budak pra sekolah .

mengajar mmg ajar aku erti sabar . mengajar melatih aku bersabar . melayan kerenah mereka , aku rasa cukup puas . mulanya aku rasa bosan , lama2 aku rasa seronok . seperti dah jatuh cinta dengan dunia pendidikan . S A B A R . :))




Monday 30 July 2012

minggu akhir

salam dhuha..^_^

minggu akhir aku .

kat sini .

sedih nak tinggalkan .

tapi terpaksa .

rasa masih belum puas .

bersama mereka .

berkongsi ilmu .

pengalaman .

cerita-cerita yg masih banyak dalam otak .

bila lagi dpt sampai dan kongsi dengan mereka .

aku pun tak tahu .

entah ada ataupun tak de peluang itu .

aku masih nk bersama mereka .

berborak .

makan bersama .

aku masih belum puas bersama dia .

ingin saja aku berkongsi segala perasaan dan cerita bersama dia .

tapi apa daya .

waktu semakin hampir .

tak sedar jeh .

aku da hampir penamat .

selamat tinggal .

warga sekolah kebangsaan sega .

~ sangat sedih . tapi perjuangan aku panjang lg . insyaAllah akan dtg kembali utk curah ilmu dan bakti . terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yg banyak memberikan tunjuk ajar serta tugasan . haha . terima kasih kepada kakitangan yang banyak membantu . akan ku ingat sampai bila-bila . insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi . maaf atas segala kesilapan , keterlanjuran kata , terlancang mulut , kasar dalam gurauan , terkasar tindak tanduk dan perbuatan , dan semua perkara yang rasa tidak disenangi . saya minta maaf . :))

Sunday 29 July 2012

dia

aSsalamualaikum..lama da x update belog kesayangan ambe nih..hehe.!masa yg bnyk terluang ambe habiskan utk membaca buku dan menonton tv..haha...sgt2 nikmat..

just nk share dgn kalian kawan lama ambe..dan skg ambe rasa da merangkap sahabat baik ambe..papew jew mesti dia..merangkap jugak sebagai kakak ambe..sebab dia tua dari ambe..~kekekeke~ tok soh cite banyok laa...moh pakat tengok rupe die..


ini laa rupe temang ambe tuh..!
sgt comel..~ ~
maaf da berpunye ye..
^^


Saturday 14 July 2012

sahabat..! :)

aSsalamualaikum...^^

persahabatan tidak akan dpt diteruskan jika persahabatan itu tidak berlandaskan kejujuran dan keikhlasan..!

betul tak..??

.

.

.

.

jawapannya..BETUL..!

kalau kawan hanya sekadar utk duduk lelepak jeh,baik tak payah..!

kalau kawan hanya sekadar berpura-pura baik depan kita,baik tak payah.!

kalau kawan jaga hati kita sebab nk amik faedah dari kita,baik tak payah.!

WHY..??

sebab itu hanyalah sementara..lakonan pasti akan berubah mengikut dialog dan wataknya..mengikut situasi lakonan yg diperlukan..

sahabat yg sejati tidak akan sekali-kali berlakon dihadapan temannya..tetapi dia akan berlaku jujur dan ikhlas..
.
.
.
.

bila dia menasihati,nasihatnya akan berlandaskan kejujuran dan kebenaran..kata-katanya penuh hikmah dan bersopan..

bila dia mengkritik,kritikannya tidak akan sekali-kali mengguris hati temannya..kerana keikhlasan membantu dia dlm menegur sahabatnya..

bila dia memuji,pujiannya tidak melambung tinggi..cukup hanya sekadar membuat sahabatnya tersenyum gembira..

bila dia sahabat yg sejati,dia akan menerima kita apa adanya..keburukan dan kebaikan kita..kelemahan dan kekuatan kita..dan dia akan ada bersama dengan kita dlm susah dan senang kita..

~ alhamdulillah..aku sudah dpt teman yg sebegitu..baik lelaki atau perempuan..aku ada keduanya..kepada yg  masih mencari teman seperti ini,,berdoalah pada Allah,,moga kita dpt bertemu dgn sahabat yg seperti itu..:)

Thursday 21 June 2012

my siah.! :)

hui..

nk share sket dgn korang semua pic anak sedare aku..,kekekeke  cumilll sesangat...aku tak benti gelak lg neh...siyesly comel + kelakar....mcm2 ragam dia neh..pelik gak aku...nk kata kita ajar,,tak pon...huhu...sebab tuh la org tua2 cakap,,bebudak neh takkan buat kita marah lgsg...malahan kita hanya tersenyum melihat gelagat dan ragam mereka... :)))


neh gambar dye...!
hahahahaha
cumillll seh.!
(mcm acu dye jugak.!)
^________^

teacher.. :)

aSsalamualaikum..

kembali bersama beliau.. dulu....

aku selalu dgn dia..tiap2 pagi akan tunggu dia dtg sekolah..tunggu kat luar pagar..kononnya aku tunggu budak2 dtg..padahal aku tunggu dia..

bila dia sampai sekolah jew,,aku org pertama yg salam dia..and tolong bawak beg dia..sampai la ke bilik guru..,tiap2 pagi aku buat bende yg sama..."Assalamualaikum teacher.." kata2 tuh mmg selalu jd sahabat baik aku..

apa2 yg aku buat mesti akan tanya dia dulu...apa yg aku buat mesti nk bersama dgn dia...ke mana aku pergi mesti nk ada dia disisi aku..jd peneman aku...

aku start rapat dgn dia...waktu tuh ada kem kat sekolah...aku tahun 5..kem tuh 3hari 2malam..tiap mlm aku tidur ngan dia...sampai la habis kem tuh weii...sejak dr tuh laa aku selalu dgn dia..

dia baik sgt..lembut,ramah..mmg baik lah.!kalau boleh aku nk ada jew dgn dia...lama aku tak jumpa dia...dan skg aku bersama dia...mengajar di sekolah sama...dan selalu bersama dia kat sekolah...aku tak tahu kenapa aku syg sgt kat dia...tak tahu mcm mane nk bg tahu korang betapa aku syg dia...(blushing) tapi tu la hakikatnya...dari dulu sampai skg and akan sampai bila2...insyaAllah...

to teacher suziah...mie syg teacher sgt2...sesangat2 syg...dari dulu lg...and mie taw teacher pon da taw yg mie syg sgt teacher... hope hubungan silaturahim antara kita tak putus... :)


teacher tak pernah berubah..!
tetap seperti dulu... :)


~ i love u teacher... :)




Wednesday 20 June 2012

graduasi.!

aSsalamualaikum..^_^

just nk share dgn kalian..,hari graduasi aku.! :) Alhamdulillah segala puji bg Allah..setelah berpenat lelah..akhirnya aku dan rakan2 seperjuangan yg lain berjaya menamatkan sesi pembelajaran di Kuliah Sultan Abu Bakar,Pekan..dan pd 14.6.2012 kami berkupu-kupu memakai jubah keramat.! hehehehehe...(jubah tu besar,,sebab tu aku ckp berkupu-kupu..hehe) wajah2 yg cukup ceria..tak percayee ?? jom layanzzzz ~ ~ ~


nie best friend aku kat kuliah dulu.!


with aqah.. ^^


wawa...i will miss u beb..huhu
sayang wawa.. ngeee ~ ~ 


itu aku.!saje nk kenalkan..hehe


with along tehah..! ^^


with norma..^^


with mum n dad..wah.!
hehehe


aku tengah membebel tuh..hahaha


kami..^____^


umi atikah razak a.k.a umie atiqah razak..
^______^


~ insyaAllah akan pakai jubah konvo di universiti pulak...,! :) doakan saya ye....


Monday 18 June 2012

Aminah Qutb.! puisi utk suami..

aSsalamualaikum..

nama besar dlm bidang penyebaran risalah islam..AMINAH QUTB.! aku tertarik dgn puisi beliau yg ditujukan khas utk suaminya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sekiranya kita cinta kepada manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada peghujungnya..

Sekiranya kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,andainya dia ialah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,maka campakkanlah kedalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu,dan campakkanlah dalam hatinya,cinta kepadaku adalah kerana-Mu.Namun,andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,berikanlah kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,yang kau berikan kepadaku.

Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya,agar tidak berpaling pada-Mu.Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.Ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,janganlah biarkan aku tertatihdan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali,jadikannya pada jalan Allah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sunday 17 June 2012

gunung berembun.!

aSsalamualaikum..^^ ahlan wasahlan..

tajuk jeh korang da faham kan apa yg aku nk story..,aku boleh agak semua pertanyaan korang tuh..YESS.!aku pegi mendaki gunung berembun di Cameron Highlands..,wallllaaaahh..! hebat boh..! kekeke siyesly mmg syeoookk..adventure habis la..actually gunung yg aku daki tuh just gunung utk reakreasi..bg org yg da selalu mendaki la..hehe..tapi bg haku neh yg FIRST TIME mendaki gunung tuh da mcm hardcore bg aku..mmg curam habis laa.., ambe tok mboh cite bnyok..!nty korang bosan pulok..so jom tengok gambar2 yg ambe dang amik.. ngeeee ~ ~



peserta program mendaki gunung berembun..



jom start mendaki.. :)


 sampai sini pon da rasa letih..huhu



da termengah-mengah..ngee ~ ~


promote baju.! :)


syafiqq..


kak lin..bersemangat tunggu org..hehe


sampai separuh da..tunggu org lain sampai dulu.. :)


dia mmg suka bergambar.. :)


tinggi sesangat..gerun nak daki..hehe


rasa tegang kaki ambe..!
^___^


batang kayu kat depan..letih..! huhu


tinggi tak? huhu


letih da tuh.!


hebat boh..bangga sampai puncak.! :)


tengok ketinggian dia tuh.. hehe


view dari puncak gunung berembun..!:)


indahnya alam ciptaan Allah..


gunung berembun..

~ next trip katanya insyaAllah ke Fraser Hill.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...