umie atiqah razak

Saturday 7 September 2013

sedar tak sedar......

Assalamualaikum

Lama sudah rasanya tinggalkan ruangan blog ini. Banyak perkara yang ingin dikongsi dan bercerita kepada kalian semua. Moga segala apa yang dikongsi bermanfaat kepada pembaca sekalian. InsyaAllah, moga Allah juga redha dengan kita semua. 

Hasrat hati ingin berkongsi kisah sepanjang cuti semester baru-baru ini. Pelbagai cerita, ada kisah suka, ada duka, ada juga cemas. Boleh dikatakan berbagai cerita ingin dikongsi. Juga mengenai Ramadhan yang dilalui pada tahun ini. InsyaAllah moga memberi faedah dan kesan yang mendalam kepada pembaca sekalian. 

::: saya akan update selalu blog ini. Cerita-cerita akan saya kongsi pada update blog yang akan datang. :)

Sunday 6 January 2013

masa berlalu begitu pantas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sedar tak sedar, sudah habis satu semester pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia. Bakal melangkah ke semester yang kedua pula. Cepat sungguh masa berlalu. Baru sekejap rasanya berada di semester satu. Apa yang aku dapat? Perlu muhasabah kembali. Adakah ilmu untuk kegunaan masa hadapan atau ianya semata-mata untuk peperiksaan dan mengejar pointer? Perlu muhasabah. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar banyak mengajar aku erti pengorbanan. Kalau dulu di alam sekolah menengah dan rendah, masih mampu lagi untuk aku dan sahabat yang lain bermain-main dan bersuka ria. Tapi, apabila menjengah alam kehidupan universiti, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Bukan tidak ada keseronokkan dalam kehidupan sekarang, namun hidup ini lebih harus fokus dan abaikan perkara yang tidak penting. Disini menuntut jihad diri sebagai seorang pelajar. Bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. 

Hidup di alam universiti memberikan kita sejuta pengalaman. Tak kira samada pengalaman itu manis ataupun pahit, ianya sangat berguna untuk diri. Di alam inilah waktu untuk kita kutip 1001 pengalaman. Dan aku melaluinya. Apa yang aku lalui baru-baru ini adalah sebagai permulaan untuk langkah aku yang seterusnya. Aku baru hanya melihat separuh gelagat manusia yang ada diatas muka bumi ini. Dan perkara itu pun berputar pantas dalam kehidupan.

Di universiti jugalah aku belajar untuk mencari rakan. Alhamdulillah, orang yang disekeliling aku banyak membantu dalam perjuangan disini. Masih segar dalam ingatan aku saat aku berkenalan antara satu sama lain. Masih lagi ingat tika mana aku kekok dan malu untuk memulakan bicara. Masih lagi segar bila mana mereka menyapa aku dengan sebuah senyuman yang ikhlas dan friendly. Namun semua itu kini tinggal kenangan. Tetapi kenangan itu akan tetap segar dalam ingatan dan memori hidup aku.

Jika dulu masa tidak terasa berlegar mengelilingi hidup. Semuanya terasa lambat dan seakan-akan masa tidak bergerak. Namun kini, putaran jam itu lebih pantas dan cepat dari langkah manusia. Segala pekerjaan dan amalan dirasakan seperti dihambat oleh masa. Tergesa-gesa selalu. Bertepatan dengan peribahasa arab yang bermaksud :
" Masa akan memotong kita jika kita tidak memotongnya. "

Saturday 29 December 2012

S.A.B.A.R :)






~ aku belajar erti sabar tatkala aku menjangkau usia remaja

~ aku mengenal sabar tatkala aku dihadapkan dengan perkara yang menguji diri

~ aku menjadi seorang yang penyabar tatkala aku berjaya menghadapi ujian

~ aku belajar sabar dari perkara yang aku tidak sukai

~ aku tahu dengan sabar manusia akan bahagia

~ kerana janji Allah untuk hambaNya

:: sabar itu indah..amarah itu gundah..dengan sabar hati jadi tenang..dengan amarah hati jadi resah.. 

umieatiqahrazak


kadang tak kuat..

~ kadang diri ini rasa lemah

~ rasa jatuh dan rebah ke bumi

~ rasa hidup ini gelap dan kelam

~ kadang diri ini rasa lemah

~ nafsu selalu jadi raja

~ diri rasa tak tentu arah

~ kadang diri ini rasa lemah

~ nak buat amalan fardu goyah

~ nak buat amal sunat lagi la payah

~ kadang diri ini rasa lemah

~ Al-Quran biar jadi hiasan

~ hingga hati rasa resah



::: kita selalu goyah dengan perkara yang melalaikan . moga kita qowiy untuk hadapi hidup zaman ni :::

umieatiqahrazak

Thursday 27 December 2012

final exam.. !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji untuk Allah yang menciptakan manusia... Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat... Tidak lupa jugak untuk sahabat-sahabat, moga kita terus qowiy..

Final exam . . !

Sekarang mood exam . .

Study smart + hard . .

Usaha . .

Doa . .

Tawakal . .

Itu step yg biasa kita buat.. apa kata cuba cari perkara lain yang mungkin boleh membantu kita..

Bagaimana ?

Tepuk dada tanya diri . .

~ Perjuangan menuntut kita berdikari dalam hidup.. Perjuangan juga menuntut kesabaran dalam diri dan hati.. Perjuangan juga menuntut kekuatan jiwa dan rohani... Moga kita qowiy dalam menempuh perjuangan ini..! :)

Monday 8 October 2012

tanpa kakak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

hari pertama tanpa kehadiran kakak yg sentiasa menjadi peneman..terasa kehilangannya..tiada lagi sentuhannya..tiada lagi sapaannya..hilang..pergi..hanya tinggal kenangan dan terdengar-dengar suaranya..dikampus tadi keseorangan..biasanya pasti akan duduk diwakaf bersama dia..bila masuk waktu solat pasti berlumba-lumba dgn dia utk ke surau..rindunya saat bersama dia..walaupun hanya 12 hari bersama dia,seolah-olah seperti setahun bersama..banyak aktiviti bersama..Allahu Rabbi..

pagi tadi ambil handset and nak msg dia..

nak tanya nak pergi library tak..

lupa..

dia dah takde bersama disini..

duduk termenung..

tiba-tiba masuk satu msg..

cepat-cepat buka..

dari kakak..

tersenyum seorang diri kat atas katil..

tutup quran..

then baca msg kakak..

dapat semangat dipagi hari.. :))

untungnya hidup dpt duduk dikalangan mereka yang ingat mengingati antara satu sama lain..

p/s : syukran kakak.. :))

ukhtimu
umieatiqahrazak




Saturday 6 October 2012

perpisahan

assalamualaikum..

asif awi kerana dah lama tak masukkan entry utk pembaca sekalian..minggu first di kampus agak bersenang lenang ye..tapi bila masuk minggu kedua dan seterusnya,hanya serah pada Allah..moga dipermudahkan segala urusan..Allhuma Amiin..

minggu lepas dan minggu ini merupakan minggu yang sgt bermakna utk diri ini..kerana hadirnya seseorang yang memberi motivasi dan impak yang begitu besar dlm diri ini..cukup la jika sy mention namanya sebagai kakak..diploma Darul Quran..dan kini menuntut bersamaku dlm kos Quran dan Sunnah..hanya yg berbeza adalah tempat..beliau sudah pun berhijrah semula ke Darul Quran,tempat asalnya..perpisahan..terjadi lagi..ada pertemuan pasti ada perpisahan..tapi perpisahan yg berlaku dlm diri ini berbeza seperti selalu..tidak pernah diri ini merasa macam mana yg sy rasa sekarang..indahnya perpisahan kali ini kerana bersulam dan berhiaskan iman,takwa,dan dakapan rahmat Allah..seminggu perkenalan antara sy dan kakak eratnya seperti setahun perkenalan..rindu akan segala aktiviti yang pernah kita buat bersama..moga ada lagi selepas ini..tempoh masa pengajian kita takkan dapat menjarakkan kita walhal ia pasti makin mengeratkan..terima kasih utk segalanya..kau hadir dlm hidup ini ketika diriku ibarat dilambung ombak..terapung-apung di lautan mencari kembali diri yg hilang..kau pegang erat tanganku dan pimpin aku kembali ke jalan yg benar lagi terang..kau tiupkan kata semangat tika aku lemah mengeluh kesah..terima kasih kakak.. :))

p/s : bantu sy utk jadi yg lebih baik ye..mekasih opah.! :))

ukhtimu..
umieatiqahrazak

doa supaya dipermudahkan segala urusan

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:


Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.

p/s : jom amalkan kita amalkan doa ini..moga Allah permudahkan segala urusan kita.. :)

Saturday 29 September 2012

tanggungjawab

assalamualaikum ..

dalam keadaan yg sibuk utk buat asigment , aku masih lg sempat nak bukak facebook n belog ni . hee . selagi mana bende nie tak jejaskan fokus aku utk terus buat kerja . Alhamdulillah skg da 4 minggu bergelar mahasiswa di universiti . perasaan yg sangat teruja itu masih ada ye .! haaaa . *mcm2 jenis teruja ada dlm otak skg* heee . bila duduk diluar ni , jauh dgn family , dan skg aku duduk dlm dunia realiti yg mana org selalu kata dunia ini kejam .! yeke ??

*angguk kepala*

betul wei . siyesly mmg dlm dunia yg sebenar . kalau sebeblum ni aku hanya memerhati dan menegur dlm hati penyakit ummat skg , tapi tu hanya biasa2 jeh . tapi skg , kat sini , lagi teruk .! damn it .! banyak giler pengajaran yg boleh kutip and ragut bila duk sini .! hahahaha .

pandang kanan , nampak ini .!

pandang kiri nampak itu .!

hebat boh .!

tapi lg hebat tanggungjawab yg ada kat bahu aku dan rakan2 yg lain . korang taw apa ?
*tembak kepala kalau tak taw* ngeeee

tanggungjawab nak sampaikan dakwah dan ubah haluan mereka supaya tetap berada kat dlm landasan keretapi Islam . sebab keretapi ni terus bawak kita pegi syurga . dlm dunia realiti yg kejam ni nak dakwah ? gone ?!

*lempang muka kau skg umie kalau tak tahu .! tepuk dada tanya imanla wei.!*

 dengan penuh ke-comel-an budak ni pegang tanggungjawab.!

 kita bukan ada tanggungjawab dgn parents je,tapi dgn masyarakat sekali .!
*ingat umie!*

amanah dan tanggungjawab bukan dari manusia kpd manusia , 
tapi dari PENCIPTA manusia utk hambanya .:)

kita pasti kembali pada tuhan ,
kena jawab mcm2 beb.!
nak senang, kena buat la apa yg disuruh.! :) 


nota hangit :
~ jlnkan tanggungjawab dgn sebaik mungkin .
~ pesanan ikhlas dari umie atiqah razak:))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...