umie atiqah razak

Sunday 6 January 2013

masa berlalu begitu pantas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sedar tak sedar, sudah habis satu semester pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia. Bakal melangkah ke semester yang kedua pula. Cepat sungguh masa berlalu. Baru sekejap rasanya berada di semester satu. Apa yang aku dapat? Perlu muhasabah kembali. Adakah ilmu untuk kegunaan masa hadapan atau ianya semata-mata untuk peperiksaan dan mengejar pointer? Perlu muhasabah. 

Kehidupan sebagai seorang pelajar banyak mengajar aku erti pengorbanan. Kalau dulu di alam sekolah menengah dan rendah, masih mampu lagi untuk aku dan sahabat yang lain bermain-main dan bersuka ria. Tapi, apabila menjengah alam kehidupan universiti, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Bukan tidak ada keseronokkan dalam kehidupan sekarang, namun hidup ini lebih harus fokus dan abaikan perkara yang tidak penting. Disini menuntut jihad diri sebagai seorang pelajar. Bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. 

Hidup di alam universiti memberikan kita sejuta pengalaman. Tak kira samada pengalaman itu manis ataupun pahit, ianya sangat berguna untuk diri. Di alam inilah waktu untuk kita kutip 1001 pengalaman. Dan aku melaluinya. Apa yang aku lalui baru-baru ini adalah sebagai permulaan untuk langkah aku yang seterusnya. Aku baru hanya melihat separuh gelagat manusia yang ada diatas muka bumi ini. Dan perkara itu pun berputar pantas dalam kehidupan.

Di universiti jugalah aku belajar untuk mencari rakan. Alhamdulillah, orang yang disekeliling aku banyak membantu dalam perjuangan disini. Masih segar dalam ingatan aku saat aku berkenalan antara satu sama lain. Masih lagi ingat tika mana aku kekok dan malu untuk memulakan bicara. Masih lagi segar bila mana mereka menyapa aku dengan sebuah senyuman yang ikhlas dan friendly. Namun semua itu kini tinggal kenangan. Tetapi kenangan itu akan tetap segar dalam ingatan dan memori hidup aku.

Jika dulu masa tidak terasa berlegar mengelilingi hidup. Semuanya terasa lambat dan seakan-akan masa tidak bergerak. Namun kini, putaran jam itu lebih pantas dan cepat dari langkah manusia. Segala pekerjaan dan amalan dirasakan seperti dihambat oleh masa. Tergesa-gesa selalu. Bertepatan dengan peribahasa arab yang bermaksud :
" Masa akan memotong kita jika kita tidak memotongnya. "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...