umie atiqah razak

Sunday 1 April 2012

berubah

aSsalamualaikum...^^

sorang akk tanya aku mcm mana kita nk berubah yek.. berubah dari buruk ke arah lebih baik.. so entry kali neh aku buat khas utk dia.. dan utk korang jugak.. so akk Aimi Fahim baca neh keyh.. mie harap dpt tlg akk..

.


.


.


.


~ 5 cara berubah ke arah yg lebih baik :

1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk yang lama. Nanti orang akan cakap yang anda ni seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.

3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri anda.

5) Apabila anda telah berjaya melakukan perubahan dalam diri anda maka anda perlu mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan diri anda. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu anda akan kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang telah anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.


*yg neh umie copy kat sini : 5 cara berubah ke arah lebih baik*


~ tak pon akk try yg neh..paksa diri utk berubah..

1. Gambarkan perubahan yang Anda mahu.
2. Tulis.
3. Baca selalu apa yang kita dah tulis.
4. Gunakan ayat afirmasi “aku dalam proses membentuk diriku menjadi…”
4. Bayangkan selalu perubahan yang kita mahu capai.
5. Ulang-ulangkan selalu ayat afirmasi tu di ingatan.



*yg neh pulak mie copy kat sini : 5 tips menggesa diri utk berubah*


 ~ tak pon akk try yg neh : cara-untuk-berubah


nota kaki :
jom kita sama2 baca dan kita try utk buat..
moga2 kita tergolong dlm kalangan yg beruntung..
^________^





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...